Tuesday, November 16, 2010

Tegur itu Biar Berpada

Assalamualaikum w.b.t


Para Pembaca yang dikasihi ,
Memang sukar untuk menerima kata-kata orang lain , apatah lagi kata-kata saya yang ilmunya tidak seberapa .
Saya pasti , diluar sana ramai diantara kita yang sayangkan kawan-kawan kita . Maka, apabila berbuat kesalahan , sudah pasti kita hendak menegur mereka .
Tetapi , hendak saya katakan disini , TEGUR ITU HENDAKLAH BERCARA . DAN DALAM CARA , HENDAKLAH BERPADA .


Apabila kita hendak menegur , kita hendaklah tegur dengan cara yang betul .
Cuba renungkan kembali . Apakah kita sendiri ,
akan mendengar nasihat daripada orang yang menegur kita
dengan kata-kata pedas , dan menyakitkan hati kita ...... walaupun , nasihat itu sebenarnya ada betulnya ??
Jawapannya ...... saya sudah pasti tidak . Rasullullah S.A.W sendiri mengamalkan cara berlemah-lembut dan.... sentiasa berhikmah apabila hendak menegur orang lain . Sinis itu saya akui adakalanya perlu ,
tetapi ....... sinis yang bagaimana ya agaknya ? iaitu .... sinis yang TIDAK MENGAIBKAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI . Apabila kita bersikap negatif terhadap orang lain , maka , responnya kan menjadi negatif .


Saya sendiri pernah mengalami situasi dimana saya telah diberi teguran oleh beberapa orang kawan .
Saya sedar nasihat mereka itu ada betulnya , tetapi , saya tidak terasa ingin mengikut kata-kata mereka .
Mengapa ? kerana rasa EGO. Mengapa tiba-tiba EGO ? Bukan kerana saya sengaja . Tetapi kerana cara nasihat itu disampaikan dengan cara yang bagi saya tidak relevan . Sehinggalah , akhirnya , saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang sahabat , yang sifatnya baik dan lemah-lembut . Dia akhirnya menjadi sahabat akrab kepada saya tak lama selepas itu .


Cara sahabat saya , telah membuka pintu hati saya untuk berubah .
Apabila saya sedang berada diluar bersama sahabat saya ini , andai masuk waktu solat dan dia hendak ke surau , dia pasti akan menegur , " Kau dah solat eh ? " sambil senyum . Mula-mula saya tidak ambil kisah , tetapi lama-lama saya terasa malu . Tak lama selepas itu , kami keluar lagi bersama , dan situasinya sekali lagi lebih kurang sama , " Eh , dah azanlah , jom gi solat , mesti kau pun nak pegi jugak kan ? "
Mungkin, pada masa itu saya pergi kerana terpaksa . Tetapi............

Pembaca sekalian , apabila 3-4 kali dia lakukan begitu , lama-lama dia buat saya berfikir ,
sampai bila saya hendak jadi manusia yang alpa ? lupa tentang solat sedangkan itu perkara wajib .
Sahabat akrab sendiri menunaikan solat sebagai hamba Allah . Tidakkah saya pula rasa malu sebagai salah seorang hamba Allah untuk tidak menunaikan solat ? sedangkan kami sama darjatnya sebagai manusia ?
Akhirnya , saya telah terbuka hati untuk bertanya tentang solat kepada sahabat saya itu dan juga hal agama yang lain .

Apa yang penting daripada kisah ini , bagaimana rakan saya telah bermain dengan psikologi untuk mengubah saya ? Tiada langsung kekerasan . Sinis juga , tetapi tidak juga mengaibkan . Namun , dalam masyarakat kita hari ini , kita lebih suka menggunakan pendekatan seperti " Engkau ni bila nak solat ? Tak takut dosa ke ? "
ataupun ... " Engkau ni teruk . Tak solat . Tuhan tak suka orang macam kau ni "
Mungkin niat dihati untuk menegur rakan supaya berubah , tetapi.... andai salah caranya ....
maka... gagal lah anda. Dalam mengubah orang lain , bukan sahaja tentang solat , tetapi juga perkara-perkara lain . Kita hendaklah banyak berhikmah , ataupun , kita gunakan analogi , dan JANGAN SEKALI-KALI BUAT ORANG YANG HENDAK KITA TEGUR ITU TERASA HATI .

Selain itu , selaku orang yang memberi nasihat , jangan lah kita hanya pandai memberi nasihat . Kita hendaklah cerminkan diri kita sendiri sebelum memberi nasihat . Maksud saya, janganlah kita cakap dekat orang supaya jangan buat maksiat , tapi kita sendiri buat maksiat. Banyak juga saya jumpa orang macam tu akhir-akhir ni . Haha .
=P

Seterusnya , menerima nasihat orang lain .
Sidang pembaca , memang susah sangat sangat sangat sangat nak terima nasihat . Sebab benda tu benda baik kan ?
Ye lah . Cuba fikir ,  nasihat yang akan diberi oleh orang lain untuk kita tu ...
Pertama , kena tembus sifat Ego kita dahulu .
Kedua , dia kena cuba harungi respon kita yang mungkin macam bagus ... atau kalau nasib tak baik , terus kena maki balik dengan kita .
Ketiga , nasihat tu ... kena lepaskan diri daripada gangguan syaitan yang sengaja bagi telinga kita panas nak dengar nasihat .
Betul tak ?

Untuk itu , apabila orang lain berikan nasihat .. Sekali pun kita tidak suka ...
Nasihat kita , buat "Cool" je . Jangan tunjukkan rasa tak suka .
Kemudian , diam jelah , kerana diam itu adalah penyelesaian yang terbaik .
Seterusnya , kalau orang itu berikan kata-kata pedas , jangan kita melawan , sebaliknya ,
cuba untuk berfikir positif . Lupakan kata-kata nya yang pedas , dan cuba ambil "main point" nya sahaja .
Maka , kita ubah diri kita . Saya tak kata kena berubah terus secara drastik . Tapi , berubah perlahan-lahan .
Saya faham semua orang ada sifat ego , tetapi , dalam ego itu , cubalah ubah sedikit-sedikit.
Tiada ruginya kita untuk berhijrah menjadi orang yang lebih baik .

Oh , sebelum saya lupa , tentang orang lain yang berikan nasihat .
Seandainya orang yang beri nasihat itu .... bukanlah orang yang baik-baik (pada anda).
ataupun orang itu adalah orang yang anda rasa tidak setaraf darjat atau ilmunya .
Janganlah anda berasa bongkak untuk menghina atau mengendahkan nasihat orang itu .
KERANA ....... mereka menegur kerana mereka merasakan anda berpotensi menjadi orang yang lebih baik .
Kebanyakan orang disekeliling kita .. suka berkata " Engkau siapa nak tegur aku ? Solat pun tak . Pakai tudung pun tak . " Betul tak ?
Sayangnya orang yang begini . RUGI .
Orang itu , walaupun mungkin tak sebaik anda , tetapi mereka sebenarnya hendak anda menjadi lebih baik .
Mungkin kita terlalu ego untuk mengakui perkara ini . Tetapi , ini adalah benar . Kenapa tidak anda hanya mengakui kesalahan anda ? Sekalipun anda tidak mahu mengaku , diam sudah mencukupi . Tidak perlu menghina , kerana KITA BUKAN TUHAN untuk mengukur darjat. sebab kubur kita pun kita tak tau nanti lapang ke tak ? terang atau tidak ? kan ? Maka , apa yang penting , anda fikir begini .......
Ambil tegurannya , dengan penuh rasa sabar . Cuba ubah . dan seterusnya , anda pula cuba untuk mengubah orang yang menegur itu... supaya berubah bersama-sama anda . dan sama-sama menjadi baik .
Insyallah , kita sama-sama akan mendapat berkat Allah . Kan tadi anda cakap orang tu tak baik sangat nak tegur anda ? Jadi , jadikanlah orang itu sama baik , atau lebih baik dari anda . PASTI ... Allah akan menyayangi anda.

Akhir sekali , Nasihat itu sendiri .
Nasihat itu kita berikan biarlah untuk membangunkan orang lain , dan bukan untuk menjatuhkan .
Kita kalau hari ini ingatkan orang lain secara ikhlas , esok lusa , andai kita lupa ,
Insyallah ada orang yang akan ingatkan kita pula .
Bukankah Allah telah berfirman , Hendaklah kita saling berpesan-pesan , dan ingat-mengingatkan .
Kerana kita hambanya , digelar "manusia" , iaitu bermaksud "Lupa" . Allah tahu , kita pelupa .
Seterusnya , nasihat yang hendak diberikan, hendaklah nasihat yang baik , jangan lah nasihat yang bukan-bukan . Sebab kalau bukan nasihat yang baik , itu bukan nasihat .... itu maksiat namanya .
=)

Maka , saya harap , anda dapat renung-renungkan kata-kata saya yang tak seberapa ini .
Andai ada lagi yang hendak anda kongsi , kecil tapak tangan , nyiru saya tadahkan .

3 comments:

  1. "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk"-surah nahl;125

    "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka."-surah ali imran;110

    "Daripada Anas bin Malik, katanya: seorang Arab badwi telah datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahnya lalu Rasulullah s.a.w melarang mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu timba air di atas tempat itu. (Muttafaq ‘alayh)"

    Dalam lafaz yang diriwayatkan oleh Muslim ada tambahan

    "Janganlah menyekat kencingnya"

    Dalam riwayat lain pula ada dinyatakan:

    "Rasulullah s.a.w. memanggilnya seraya bersabda: Sesungguhnya masjid-masjid tidak boleh sama sekali kencing dalamnya dan tidak boleh juga ada kekotoran padanya. Sebenarnya ia adalah untuk mengingati Allah s.w.t., bersembahyang dan membaca al-Qur`an. (Muslim)"

    ayuh kita berdakwah cara rasulullah saw,lembut dan bersabar,.. :)

    ReplyDelete
  2. bijak pandai ada berkata..
    org yg dpat mnegur adlah org yg sdia mnerima
    teguran drpda org lain...
    apapun ann...kata2 awk dah sdarkan sy..
    betapa kerdilnya diri kita di hdapan Allah..
    trima ksih bnyak2..
    dan mnta maaf andai ada teguran sy slama ini yg mnyinggung prasaan..
    sy pun bkannya smpurna..maaf yee...

    ReplyDelete