Tuesday, November 16, 2010

Tegur itu Biar Berpada

Assalamualaikum w.b.t


Para Pembaca yang dikasihi ,
Memang sukar untuk menerima kata-kata orang lain , apatah lagi kata-kata saya yang ilmunya tidak seberapa .
Saya pasti , diluar sana ramai diantara kita yang sayangkan kawan-kawan kita . Maka, apabila berbuat kesalahan , sudah pasti kita hendak menegur mereka .
Tetapi , hendak saya katakan disini , TEGUR ITU HENDAKLAH BERCARA . DAN DALAM CARA , HENDAKLAH BERPADA .


Apabila kita hendak menegur , kita hendaklah tegur dengan cara yang betul .
Cuba renungkan kembali . Apakah kita sendiri ,
akan mendengar nasihat daripada orang yang menegur kita
dengan kata-kata pedas , dan menyakitkan hati kita ...... walaupun , nasihat itu sebenarnya ada betulnya ??
Jawapannya ...... saya sudah pasti tidak . Rasullullah S.A.W sendiri mengamalkan cara berlemah-lembut dan.... sentiasa berhikmah apabila hendak menegur orang lain . Sinis itu saya akui adakalanya perlu ,
tetapi ....... sinis yang bagaimana ya agaknya ? iaitu .... sinis yang TIDAK MENGAIBKAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI . Apabila kita bersikap negatif terhadap orang lain , maka , responnya kan menjadi negatif .


Saya sendiri pernah mengalami situasi dimana saya telah diberi teguran oleh beberapa orang kawan .
Saya sedar nasihat mereka itu ada betulnya , tetapi , saya tidak terasa ingin mengikut kata-kata mereka .
Mengapa ? kerana rasa EGO. Mengapa tiba-tiba EGO ? Bukan kerana saya sengaja . Tetapi kerana cara nasihat itu disampaikan dengan cara yang bagi saya tidak relevan . Sehinggalah , akhirnya , saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang sahabat , yang sifatnya baik dan lemah-lembut . Dia akhirnya menjadi sahabat akrab kepada saya tak lama selepas itu .


Cara sahabat saya , telah membuka pintu hati saya untuk berubah .
Apabila saya sedang berada diluar bersama sahabat saya ini , andai masuk waktu solat dan dia hendak ke surau , dia pasti akan menegur , " Kau dah solat eh ? " sambil senyum . Mula-mula saya tidak ambil kisah , tetapi lama-lama saya terasa malu . Tak lama selepas itu , kami keluar lagi bersama , dan situasinya sekali lagi lebih kurang sama , " Eh , dah azanlah , jom gi solat , mesti kau pun nak pegi jugak kan ? "
Mungkin, pada masa itu saya pergi kerana terpaksa . Tetapi............

Pembaca sekalian , apabila 3-4 kali dia lakukan begitu , lama-lama dia buat saya berfikir ,
sampai bila saya hendak jadi manusia yang alpa ? lupa tentang solat sedangkan itu perkara wajib .
Sahabat akrab sendiri menunaikan solat sebagai hamba Allah . Tidakkah saya pula rasa malu sebagai salah seorang hamba Allah untuk tidak menunaikan solat ? sedangkan kami sama darjatnya sebagai manusia ?
Akhirnya , saya telah terbuka hati untuk bertanya tentang solat kepada sahabat saya itu dan juga hal agama yang lain .

Apa yang penting daripada kisah ini , bagaimana rakan saya telah bermain dengan psikologi untuk mengubah saya ? Tiada langsung kekerasan . Sinis juga , tetapi tidak juga mengaibkan . Namun , dalam masyarakat kita hari ini , kita lebih suka menggunakan pendekatan seperti " Engkau ni bila nak solat ? Tak takut dosa ke ? "
ataupun ... " Engkau ni teruk . Tak solat . Tuhan tak suka orang macam kau ni "
Mungkin niat dihati untuk menegur rakan supaya berubah , tetapi.... andai salah caranya ....
maka... gagal lah anda. Dalam mengubah orang lain , bukan sahaja tentang solat , tetapi juga perkara-perkara lain . Kita hendaklah banyak berhikmah , ataupun , kita gunakan analogi , dan JANGAN SEKALI-KALI BUAT ORANG YANG HENDAK KITA TEGUR ITU TERASA HATI .

Selain itu , selaku orang yang memberi nasihat , jangan lah kita hanya pandai memberi nasihat . Kita hendaklah cerminkan diri kita sendiri sebelum memberi nasihat . Maksud saya, janganlah kita cakap dekat orang supaya jangan buat maksiat , tapi kita sendiri buat maksiat. Banyak juga saya jumpa orang macam tu akhir-akhir ni . Haha .
=P

Seterusnya , menerima nasihat orang lain .
Sidang pembaca , memang susah sangat sangat sangat sangat nak terima nasihat . Sebab benda tu benda baik kan ?
Ye lah . Cuba fikir ,  nasihat yang akan diberi oleh orang lain untuk kita tu ...
Pertama , kena tembus sifat Ego kita dahulu .
Kedua , dia kena cuba harungi respon kita yang mungkin macam bagus ... atau kalau nasib tak baik , terus kena maki balik dengan kita .
Ketiga , nasihat tu ... kena lepaskan diri daripada gangguan syaitan yang sengaja bagi telinga kita panas nak dengar nasihat .
Betul tak ?

Untuk itu , apabila orang lain berikan nasihat .. Sekali pun kita tidak suka ...
Nasihat kita , buat "Cool" je . Jangan tunjukkan rasa tak suka .
Kemudian , diam jelah , kerana diam itu adalah penyelesaian yang terbaik .
Seterusnya , kalau orang itu berikan kata-kata pedas , jangan kita melawan , sebaliknya ,
cuba untuk berfikir positif . Lupakan kata-kata nya yang pedas , dan cuba ambil "main point" nya sahaja .
Maka , kita ubah diri kita . Saya tak kata kena berubah terus secara drastik . Tapi , berubah perlahan-lahan .
Saya faham semua orang ada sifat ego , tetapi , dalam ego itu , cubalah ubah sedikit-sedikit.
Tiada ruginya kita untuk berhijrah menjadi orang yang lebih baik .

Oh , sebelum saya lupa , tentang orang lain yang berikan nasihat .
Seandainya orang yang beri nasihat itu .... bukanlah orang yang baik-baik (pada anda).
ataupun orang itu adalah orang yang anda rasa tidak setaraf darjat atau ilmunya .
Janganlah anda berasa bongkak untuk menghina atau mengendahkan nasihat orang itu .
KERANA ....... mereka menegur kerana mereka merasakan anda berpotensi menjadi orang yang lebih baik .
Kebanyakan orang disekeliling kita .. suka berkata " Engkau siapa nak tegur aku ? Solat pun tak . Pakai tudung pun tak . " Betul tak ?
Sayangnya orang yang begini . RUGI .
Orang itu , walaupun mungkin tak sebaik anda , tetapi mereka sebenarnya hendak anda menjadi lebih baik .
Mungkin kita terlalu ego untuk mengakui perkara ini . Tetapi , ini adalah benar . Kenapa tidak anda hanya mengakui kesalahan anda ? Sekalipun anda tidak mahu mengaku , diam sudah mencukupi . Tidak perlu menghina , kerana KITA BUKAN TUHAN untuk mengukur darjat. sebab kubur kita pun kita tak tau nanti lapang ke tak ? terang atau tidak ? kan ? Maka , apa yang penting , anda fikir begini .......
Ambil tegurannya , dengan penuh rasa sabar . Cuba ubah . dan seterusnya , anda pula cuba untuk mengubah orang yang menegur itu... supaya berubah bersama-sama anda . dan sama-sama menjadi baik .
Insyallah , kita sama-sama akan mendapat berkat Allah . Kan tadi anda cakap orang tu tak baik sangat nak tegur anda ? Jadi , jadikanlah orang itu sama baik , atau lebih baik dari anda . PASTI ... Allah akan menyayangi anda.

Akhir sekali , Nasihat itu sendiri .
Nasihat itu kita berikan biarlah untuk membangunkan orang lain , dan bukan untuk menjatuhkan .
Kita kalau hari ini ingatkan orang lain secara ikhlas , esok lusa , andai kita lupa ,
Insyallah ada orang yang akan ingatkan kita pula .
Bukankah Allah telah berfirman , Hendaklah kita saling berpesan-pesan , dan ingat-mengingatkan .
Kerana kita hambanya , digelar "manusia" , iaitu bermaksud "Lupa" . Allah tahu , kita pelupa .
Seterusnya , nasihat yang hendak diberikan, hendaklah nasihat yang baik , jangan lah nasihat yang bukan-bukan . Sebab kalau bukan nasihat yang baik , itu bukan nasihat .... itu maksiat namanya .
=)

Maka , saya harap , anda dapat renung-renungkan kata-kata saya yang tak seberapa ini .
Andai ada lagi yang hendak anda kongsi , kecil tapak tangan , nyiru saya tadahkan .

Lidah berkalam , Bahu tak tertahan .

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam post yang kali ini , ingin saya berkongsi tentang Hukuman .
Terdetik hati ini untuk berkongsi , setelah berkunjung ke rumah pakcik sebentar tadi .

Pembaca sekalian ,
cuba kita renungkan masyarakat kita hari ini . Tidak kira samada yang tua , yang muda , yang miskin mahupun yang kaya . Kata- kata , tidak lagi berharga . Tabiat yang kita miliki hari ini adalah mengklasifikasikan orang , mengikut sesuka hati kita . Klasifikasi yang bagaimana ?
Sebagai contoh , kata-kata seperti  " Engkau ini memang Setan " . " Engkau ini memang ahli neraka ! "

Persoalannya disini , Siapakah kita untuk berkata sedemikian ?
Pertama sekali , telah Allah katakan , Manusia adalah sebaik-baik kejadian .
Yang kedua , bukankah Allah ciptakan semua manusia itu sama .

Maka , semulia mana kah kita ini untuk tetapkan darjat manusia lain ?
Terutama sekali , apabila kita samakan seseorang manusia itu dengan syaitan .
Padahal , Kita ini datangnya daripada air mani yang hina , malah tiada yang lebih berkuasa daripada Allah .
Untuk itu , ingatlah , Hanya ALLAH yang berhak untuk menentukan apakah darjat kita .
Sekalipun , seseorang manusia itu berbuat jahat kepada kita , JANGANLAH kita berkata yang tidak baik ,
seharusnya kita hendaklah BANYAK-BANYAK BERSABAR , dan DOAKAN yang TERBAIK buat orang itu , semoga Allah bukakan hatinya untuk berubah .

Dan ingatlah kita , semakin banyak kita bercakap , semakin banyak dosa yang bahu kita pikul .
Lama-lama ia takkan tahan . Mungkin kita nampak dosa orang lain , tetapi bagaimana dosa kita ?

Thursday, August 26, 2010

Muqaddimah .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Selamat datang ke blog ini .
Pertama sekali, tujuan saya menulis blog ini adalah kerana semakin banyak gejala-gejala
negatif yang berlaku di dalam masyrakat kita hari ini . Apabila menyebut tentang masyarakat,
Ia bukanlah hanya merujuk kepada orang yang tidak kita kenali, bahkan ia sebenarnya meliputi rakan-rakan, serta saudara kita sendiri .
Di dalam zaman yang serba canggih ini , manusia semakin lupa tentang hakikat dan tanggungjawab kita
sebagai manusia . Tak perlu bercerita tentang syurga dan neraka , kerana mereka kini kebanyakannya
sudah tak mengerti apa itu Dosa dan Pahala .
Jauh sekali tentang Malaikat dan Iblis, Sifat-sifat Allah dan Tanggungjawab sebagai Anak dan Ibubapa.


Lihat ?
Betapa jauhnya kita daripada jalan kesejahteraan . ?
Memang benar Kiamat itu akan berlaku . Dunia akan hancur .
Tetapi , persoalannya disini ..... Haruskah kita melihat anak-anak remaja hari ini hancurkan diri mereka
bersama-sama dengan dunia yang akan hancur ini juga ?
Jika mereka akan hancur ... Mahukah kita melihat mereka hancur bersama-sama dengan dosa yang akan dibawa ke akhirat kelak ?
Dimana tanggungjawab kita pula sebagai orang yang melihat ?
Bukankah Islam itu mengajar kita tentang Amar Makruf Nahi Mungkar ?????
Apakah cukup untuk masyarakat kita.... Setiap kali melihat Remaja-remaja harapan Negara ini melakukan maksiat didepan mata ..... Kita biarkan sahaja dengan hanya memasang NIAT UNTUK MEMBENCI perkara itu sahaja ?
Memang itulah seburuk-buruk iman yang kita miliki ?
Pernahkah anda terfikir tentang inisiatif atau kaedah yang lebih baik untuk masalah ini ?


Oleh itu , ingin saya berkongsi sedikit perkara dengan pembaca sekalian .
Saya bukanlah seorang pelajar berkelulusan sekolah agama sepenuhnya .
Saya bukan seorang insan yang datang daripada keluarga yang hebat pengetahuan agamanya .
Saya bukan seorang penceramah agama yang begitu mendalam ilmunya .
Saya bukan seorang guru agama , mahupun tahfizah yang mengerti setiap bait-bait keindahan al-Quran.
Saya hanya seorang remaja yang biasa ,
 yang hanya memiliki pengetahuan yang sederhana tentang Islam ,
yang tidakpun bersifat seperti wanita melayu terakhir ,
Namun , saya akui , saya ingin lebih lagi mendalami ilmu Islam ,
Mengetahui lebih banyak lagi perkara yang saya tidak tahu tentang Islam ,
dan Ingin berkongsi percambahan minda dengan masyarakat di luar sana .
Samada pembaca Islam mahupun bukan Islam .
Bagi saya , setiap kita memiliki tanggungjawab .
Selepas ini , Insyallah saya akan mula untuk menulis satu demi satu perkara yang telah lama berada dalam fikiran saya . 
Diharap , ramai yang akan berkongsi ilmu , buah fikiran dan pertanyaan di blog ini .




Sekian,
Khalifah dunia , tanggungjawab kita masih belum dijalankan dengan baik.
Wassalam .